Tong roro digunakan untuk menguruskan sisa sampah saiz dan jumlah besar

FREQUENTLY ASK QUESTION | SEWA TONG RORO

FREQUENTLY ASK QUESTION | SEWA TONG RORO

1. Apakah itu tong RORO?

Tong RORO (Roll-On / Roll-Off) ialah kontena besar yang dibawa oleh lori khas dengan sistem hidraulik, yang membolehkan tong digulung (“roll on”) dan diturunkan (“roll off”) dengan mudah. Ia digunakan untuk menguruskan sisa pukal dari pembinaan, renovasi, pembersihan besar dan lain-lain.

2. Bagaimana cara perkhidmatan sewa tong RORO berfungsi?

Umumnya prosesnya adalah seperti berikut:

  1. Anda memilih saiz tong yang sesuai berdasarkan jenis sisa & memaklumkan pihak kami.

  2. Pihak kami hantar tong ke lokasi anda pada masa yang ditetapkan.

  3. Anda isi tong dengan sisa yang dibenarkan.

  4. Setelah tong penuh atau selepas tempoh sewaan tamat, kami datang angkut dan laksanakan pelupusan di lokasi pelupusan yang dibenarkan.

3. Apakah jenis sisa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan?

Dibenarkan: sisa binaan (batu, konkrit, kayu), sisa domestik pukal (perabot, tilam, peralatan lama), sisa landskap (daun, rumput).
Tidak dibenarkan: bahan berbahaya (asbestos, bahan kimia, bahan radioaktif), sisa perubatan, gas termampat, cecair mudah terbakar dan lain-lain yang memerlukan pengurusan khas.

4. Adakah anda menyediakan perkhidmatan di kawasan saya?

Perkhidmatan bergantung pada liputan kawasan operasi syarikat kami. Perkhidmatan kami meliputi kawasan negeri Selangor (Gombak, Ampang, Pandan Indah, Selayang, Damansara Utama, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Kajang serta kawasan sekitar) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.